Catatan kecil utk Adik Perempuanku~~

Abaikan saja jika ada lelaki yang suka menyanjung fizikalmu setinggi bintang di langit.

Abaikan saja jika ada lelaki yang suka memuji kecantikanmu seindah bulan purnama.


Abaikan saja jika ada lelaki yang suka mengagung-agungkan pesona yang ada dalam tubuhmu.


Abaikan saja jika ada lelaki yang suka menabur janji-janji manis di hadapanmu.

Abaikan saja jika ada lelaki yang berusaha menyentuhmu.

Kerana lelaki yang layak mendampingimu adalah:

  • lelaki yang kagum akan kemuliaan akhlakmu
  • lelaki  yang kagum akan kesopananmu dalam bertutur kata
  • lelaki yang kagum akan tekadmu dalam menutup aurat
  • lelaki yang kagum akan keteguhanmu dalam menjaga imanmu.









Dia akan selalu menghormatimu,


Memuliakanmu,

Menasihatimu dalam kebaikan,

Menjauhkanmu dari lubuk lumpur yang penuh kemaksiatan.



Dia akan selalu sabar menunggu,
Untuk berani dekat denganmu,
Untuk berani menyentuhmu,
Sampai tiba saatnya dalam sebuah ikatan suci,
Yang telah diredhai Ilahi.. 


Dengarlah pesanan abangmu ini adik..
Hayatilah,
Sematkan ia dalam jiwamu ADIK =)

No comments: