Sha seorang gadis yang dilahirkan
di sebuah dusun pergunungan yang sangat terpencil. Saban hari, kedua orangtua
Sha membajak tanah kering.Sha juga mempunyai seorang adik lelaki,Khai,tiga
tahun lebih muda daripadanya.Khai menyayangi Sha lebih dari Sha mencintainya.
Suatu hari, Sha mencuri lima
puluh sen dari laci ayahnya untuk membeli sehelai sapu tangan yang menjadi
trend semua gadis di sekelilingnya ketika itu.Ayah segera menyedarinya.Ayah
menyuruh Sha dan Khai berlutut di depan tembok dengan sebatang tongkat bambu digengam
erat di tangan.
“Siapa yang mencuri wang
ayah?!!!” Ayah bertanya tegas.
Sha terpaku terlalu takut untuk berbicara. Ayah
tidak mendengar siapa pon mengaku.
Ayah menyambung bicara lagi,
“Baiklah kalau begitu kamu berdua
akan dihukum.Kamu berdua layak dipukul!”
Ayah mengangkat tongkat bambu itu
setinggi mungkin.
Tiba-tiba,Khai mencengkeram tangannya dan berkata, “Ayah,Khai
yang melakukannya!”.
Tongkat panjang itu menghentam punggung Khai
bertubi-tubi.Ayah begitu marah sehingga terus-menerus memukul Khai sehingga
kehabisan nafas.Sesudah itu ayah duduk di beranda rumah dan terus memarahi
kami.
“Kamu sudah belajar mencuri dari rumah, hal memalukan apa lagi yang akan
kamu lakukan kelak? Kamu memang patut dipukul,kamu pencuri tidak tahu malu.”
Malam itu, Sha dan ibunya memeluk
erat Khai dalam pelukan mereka.Tubuhnya luka, tetapi Khai tidak menitiskan
airmata.Di tengah malam itu,Sha tiba-tiba menangis meraung-raung.
Khai menutup
mulut Sha dengan tangan kecilnya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi,
semuanya sudah berlaku.”
Sha masih terus membenci dirinya
sendiri kerana tidak memiliki cukup keberanian untuk mengaku kesalahannya.
Bertahun-tahun telah berlalu, tapi insiden tersebut masih segar dalam
ingatannya.Sha tidak pernah lupa pengorbanan adiknya.Ketika itu, Khai berusia 8 tahun manakala Sha berusia11 tahun.
Ketika Khai berada pada tahun
terakhirnya di peringkat menengah rendah,Khai diterima masuk ke sekolah
berasrama penuh (SBP) di pusat Bandar Kuala Lumpur.Pada waktu yang sama,Sha
diterima untuk masuk sebuah universiti.Malam itu, ayah termenung di halaman
sambil menghisap rokok tembakaunya,puntung demi puntung.Sha mendengar dia
berkata lirih.
“Kedua anak kita menunjukkan hasil yang begitu baik,kejayaan
yang sangat baik”.
Ibu mengusap airmatanya yang tidak dapat diseka lagi dan
menghela nafas panjang. “Apa gunanya? Macam mana kita nak membiayai pengajian
kedua-duanya sekaligus?”
Saat itu juga adikku berjalan dihadapan
ayah dan berkata, “Ayah,Khai tak nak belajar lagi,Khai dah cukup baca banyak
buku.”
Ayah marah besar, “kenapa kamu
ada jiwa yang begitu lemah!!! Kalau aku terpaksa mengemis di jalanan pon aku
sanggup, kamu berdua harus tamatkan pengajian!!”
Siapa sangka keesokan harinya,
sebelum subuh menjelma,Khai meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian
lusuh dan sedikit makanan.Dia menyelinap ke pintu belakang rumah dan meninggalkan
secarik kertas dibantal kakak kesayangannya itu.
“Kak, masuk ke universiti
bukanlah mudah.Adik nak pergi cari kerja.Nanti adik kirimkan wang untuk akak
ye.”
Sha tersedar dari nyenyak tidur
lalu mengapai nota kecil itu.Sha memegang kertas tersebut dan menangis dengan
air mata bercucuran sampai suaranya hampir hilang.Sha ketika itu berusia 20
tahun dan Khai baru mencecah 17 tahun.
Bersumberkan wang yang dipinjam
ayah dari teman-temannya dan wang dari hasil keringat Khai mengangkut simen di
tapak pembinaan, akhirnya Sha kini sudah di tahun akhir pengajiannya.
Suatu hari, Sha sedang menelaah
pelajaran dibiliknya,ketika itu teman sebiliknya masuk memberitahu “Sha, ada seorang budak
kelihatan macam pengemis menunggu awak luar sana!” sambil memuncungkan mulut
menunjuk kearah pintu pagar.
“Mengapa ada seorang budak
mencariku? Sha bermonolog sendirian sambil berjalan keluar.Sha dapat melihat adiknya
dari jauh.Seluruh badannya kotor.
Sha mendekati Khai. “Khai,kenapa Khai tak
cakap kat kawan akak yang Khai ni adik akak?”
Khai tersenyum dan bingkas
menjawab, “Akak tengoklah pakaian Khai ni.Nanti apa pula kawan-kawan akak akan
fikir kalau kawan-kawan akak tahu yang Khai ni adik akak.Khai tak nak akak
diketawakan.”
Sha begitu tersentuh dan matanya
mulai berair.Sha menyapu debu-debu dari badan adiknya itu dan dengan nada
tersekat-sekat berkata, “Akak tidak pedulikan langsung apa yang orang lain
cakapkan.Khai adik akak.Tak kira apa yang Khai pakai,tak kira apa kerja yang
Khai buat.Khai tetap adik kesayangan akak.”
Khai menyeluk tangannya kedalam
saku.Lama.Seperti mencari-cari sesuatu.Sambil tersenyum manis,Khai mengeluarkan
sebatang penyepit rambut berbentuk kupu-kupu. Khai memakaikannya kepada
Sha.
“Khai tengok ramai gadis bandar memakainya.Jadi Khai fikir akak pun patut
ada satu...”.
Airmata Sha tidak dapat diseka
lagi.Sha menarik Khai ke dalam pelukannya dan menangis.Sha masih ingat
peristiwa itu.Seminggu selepas hari kelahirannya yang ke 23.
***Pertama kali Sha membawa
teman-teman kuliah ke teratak usangnya.Jendela kaca yang pecah telah diganti
dan semuanya kelihatan bersih..Setelah teman-temannya pulang,Sha menari seperti
gadis kecil di depan ibunya.
“Bu, ibu tak perlu habiskan banyak waktu untuk bersihkan
dan cantikkan rumah kita;” ujar Sha sambil tersenyum manja.
“Itu semua adik
kamu yang buat.Dia pulang awal untuk membersihkan rumah ini.Kamu nampak tak
luka-luka kat tangan dia? Dia terluka tadi masa tengah memasang jendela kaca
baru itu.”
Sha masuk ke dalam ruangan kecil
adiknya. Melihat mukanya yang kurus,trasa bagai hatinya ditusuk jarum.Aku
menyapukan ubat lantas membalut lukanya. “Sakit tak dik?..
“Tak sakit pun kak.Khai dah biasa
kena batu-batu kak..” Belum pun Khai menghabiskan kalamnya,Sha membalikkan
badan kerana air mata mulai bergenang.
***Ketika Sha berkahwin,Sha
menetap di bandar.Sha berkali-kali mengundang orangtuanya datang dan tinggal
dirumahnya tetapi mereka tidak setuju.Mereka sudah biasa dibesarkan dikawasan
kampung dan tidak tahu apa yang harus mereka lakukan sekiranya mereka
meninggalkan kampong halaman mereka.Khai juga mengiyakan kata-kata mereka.
“Kak
jagalah mentua akak tu,biar Khai yang jaga mak dengan ayah kat sini ye..”
Suami Sha seorang pengarah
syarikat.Sha dan suaminya menginginkan Khai untuk bekerja di syarikat tersebut
tetapi Khai sebaliknya.Dia tetap ingin menjaga ayah dan maknya.
Suatu hari Khai terjatuh dari
tangga semasa memperbaiki kabel elektrik.Bukan itu sahaja.Khai juga terkena
renjatan elektrik dan dia dimasukkan ke hospital.Sha dan suami bergegas
menjenguknya.Mereka dapat melihat kesan akibat jatuh dikaki Khai.
“Kenapa Khai
menolak bekerja di syarikat abang? Sekarang Khai dah jadi macam ni.Kalau dari
dulu Khai setuju,tentu Khai tak akan jadi macam ni..” suara Sha sayu.
Dengan riak wajah serius Khai
menjawab, “Akak, fikirkan nama baik abang ipar kak.Kan abang baru saja jadi
pengarah, sedangkan Khai pula tidak berpendidikan.Nanti apa kata orang kalau
Khai diberi kerja yang tak setanding dengan kelulusan Khai? Kasihan abang
ipar.."
Mata suami Sha bergelinang
airmata.Sha menyambung sambil memegang tangan adiknya itu,
“Tapi kamu kurang
berpendidikan itu juga sebab akak Khai.Sebab kakak kau ni...”
“Akak,yang lepas biarkan
lepas.Akak jangan ungkit kisah lalu ye..”
***Khai kemudian menikahi seorang
gadis pada usia 30 tahun.Ketika majlis itu, seseorang bertanya kepadanya, “Siapa
yang paling kamu hormati dan kasihi?” tanpa berfikir panjang dan dengan
bangganya Khai menjawab”Kakakku.”
Masing-masing terpinga.Khai
tersenyum sambil menceritakan kembali sebuah kisah lama yang bahkan Sha pun
sudah tidak mengingatinya lagi.
“Ketika kami di sekolah
rendah.Saya dan kakak bersekolah di tempat yang cukup jauh dari tempat tinggal
kami.Di tempat yang berbeza..Setiap hari saya dan kakak berjalan selama lebih
kurang dua jam untuk pergi dan pulang dari sekolah.Suatu hari saya kehilangan
kasut sekolah.Kedua-duanya hilang.Kakak memberikan kasut sekolah miliknyaKakak
hanya memakai sarung kaki sahaja.Padahal kami harus berjalan jauh dan menempuh
kondisi jalan yang berbatu-batu.Ketika itu juga matahari sangat terik meskipun
sudah hampir jam 4.Taktala kami tiba dirumah,kaki kakak begitu bengkak dan
berdarah.Hinggakan kakak sukar berjalan untuk beberapa ketika.Sejak hari itu
saya bersumpah..Selama saya masih hidup saya akan menjaga kakak dan saya akan
selalu baik terhadapnya.
Tepuk tangan menggamatkan ruangan
itu. Semua tetamu mengalihkan perhatian mereka kepada Sha.
Sha begitu terharu.Bibir Sha kaku
menuturkan kata namun digagahi jua.
“Dalam hidup ini,orang yang paling berjasa
adalah adik Sha ini.Orang yang paling Sha berterima kasih adalah Khai,adik
kesayangan Sha”
Dan dalam kesempatan yang paling
berbahagia itu,di hadapan kerumunan tetamu,air mata Sha bercucuran
jatuh.Sungguh tidak disangka begitu luhur budi Khai terhadapnya.