Assalamu'alaikum sahabatku sekalian...
Kita sering merungut sibuk…saya sibuk nie..tak dapat nak hadir majlis ilmu , tak sempat hadir usrah
, tak sempat nak hadir mesyuarat ..dll . Tapi tahukah anda
bahawa Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan
masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan
beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu
menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat.
Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita
kepada Allah s.w.t
.
Rasulullah saw. sibuk
kerana:
-Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
-Bermunajat kpd Allah setiap malam
-Mengajar ilmu kpd sahabat setiap
hari
-Berperang di jalan Allah
-Melayani isteri-isteri
-Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang
disampaikan oleh Jibrail
selama 23 tahun serta menghafalnya
-Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi,
Parsi, dan lain-lain
-Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)
-Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
-Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di
hari kiamat (dengan
menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk
digantikan dengan syafaat)
Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa
perkara
-Kerja
-Keluarga (isteri dan anak-anak)
-Melangsaikan hutang ...
-Dan lain-lain..
Renungkanlah kata-kata ini pula
;
Lebih baik mata
itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah swt.
Lebih baik telinga
itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt.
Lebih baik anggota
badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah swt.
Barangsiapa mengaku empat perkara
tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka
dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga
tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah
saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah
pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka
tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi
berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.
No comments:
Post a Comment