Kemaafan Yg Tertangguh~ (part 1)


Aku hairan melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng -gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, monologku di dalam hati.Setelah enjin motosikal dimatikan, aku berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," aku mencelah.
"Haaa... Haikal,kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia?" kata Adib, temanku.
"Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak fahamlah," Jawabku keliru.
 Memang aku langsung tak mengerti kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.
"Macam ni…." kata Adib, lalu menyambung, "di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah cuba nak keluarkan dia... tapi belum berhasil lagi".
 " Kenapa jadi macam tu ? "aku bertanya lebih lanjut.Aku semakin keliru.Patutlah serius sangat mereka berbual.
Adib memulakan ceritanya.Katanya, memandangkan semalam adalah hari kelepasan sempena Hari Kebangsaan, budak perempuan berusia belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Raub. Bagaimanapun, ibunya yang sudah dimamah usia dan ditambah pula dengan kondisi kesihatan yang agak teruk enggan memberikannya wang.
"Bukannya banyak,RM 20 aja mak !" gadis itu membentak.
"Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan sambil mengurut kakinya yang sengal.Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.
"Maaak... kawan-kawan semuanya keluar.Angah pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
“Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
"RM 20 aja!" si gadis semakin meninggi suara.
"Tak ada sayang," jawab ibunya lembut.
"Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
"Bukan macam tu ta...." belum pun habis ibunya menerangkan,gadis tersebut menyanggah; katanya, " Ahhh... sudahlah emak! Angah tak mau dengar!
“Kalau emak ada du... " ibunya menyambung,tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;"kalau abang, boleh, tapi kalau angah minta duit, mesti tak ada!"
Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai .
" Angah.. Angaaaah." katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dia membaling bantal dan selimutnya ke dinding.
Sementara itu, diluar suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.Taktala dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi denyutan nadi.Si gadis panik.Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.Dengan bantuan jiran-jiran,kematian wanita malang itu dikhabarkan kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Adib menyambung ceritanya; "Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,tapi sebaik mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat hinggakan hampir 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.Suaminya sendiri pun tak terdaya membantu.
"tapi apabila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan.Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur." Kemudian gadis itu masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.Sekali lagi penduduk kampong beramai-ramai mengangkat jenazah tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat.Kakinya seperti dipaku ke tanah.Si gadis mula cemas.
"Kenapa ni ayah?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
"Kenapa nak?" Si ayah bertanya inginkan kepastian.
"Kaki Angah ni.. tak boleh angkat!" balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
"Ayah, tarik tangan Angah ni. Kaki Angah terlekat... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar,juga tidak berhasil.

" Ayah... kenapa ni ?? !! Tolonglah Angah ayah.." si gadis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu-pusu ke pinggir kubur.Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong Angah ayah, tolong angah... kenapa jadi macam ni ayah?" kata si gadis sambil meratap.

" Itulah, yang kamu buat emak sampai dia meninggal . Sekarang ayah pun tak tau nak tolong macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.


" Emak... ampunkan Angah emak, ampunkan Angah..." gadis itu menangis . Sambil itu dia memeluk dan mencium jenazah ibunya.Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.


" Maafkan Angah emak,maafkan.Angah bersalah.Angah menyesal... Angah menyesal.. Ampunkan Angah emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.


Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.Ramai yang menghulur menyambut tangannya supaya boleh ditarik keluar.Ramai yang cuba mengeluarkannya namun kecewa.Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana ?" kata Imam Faiz kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya macammana?" soal si bapa.


" Kita akan terus cuba tarik dia keluar.Kita buat dua-dua sekali,mayat isteri awak di sempurnakan,anak awak kita selamatkan," balas imam.


Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimanapun kubur di kambus separas lutut gadis itu saja.Cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur.Taktala talkin dibaca,dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.

No comments:

Blogger Widgets