Kemaafan Yg Tertangguh~ (part 2)


Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.
" Bila dah lama sangat,aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah kat kedai ni.Lepas ni aku nak ke kubur lagi.Nak tengok apa yang terjadi," terang Adib panjang lebar.

"Aku pun nak pergilah," kataku.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu berkumpul disana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan disitu.
Aku terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan Adib dan berusaha menyusup dicelah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha,akhirnya aku berjaya sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya aku tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah diadakan kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur lain serta pokok-pokok rimbun. Didalam kepungan itu,anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.

Nasib aku memang baik hari itu.Dua tiga orang daripada anggota polis berkenaan adalah kenalanku.

" Pssstt... Shah... Shah.. Psstt," aku memanggil.Shah sedar aku memanggilnya lalu mengangkat tangan.

" Boleh aku tengok budak tu ?" aku bertanya sebaik saja dia datang menghampiriku.
" Mana boleh.Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.

" Sekejap aja. Bolehlah..." aku memujuk.

Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.Tanpa berlengah,aku mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Shah seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.Namun dadaku berdebar kencang.Pertama,risau dan takut di halau keluar. Kedua; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis tersebut.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,akhirnya aku tiba di pusara yang di maksudkan.Di pinggir kubur itu, dua tiga orang polis berdiri memerhatikan kedatanganku.

Shah mendekati mereka dan berbisik-bisik.Mungkin dia merayu supaya aku tidak dihalau.Alhamdulillah,aku melihat seorang anggota polis yang berpangkat mengangguk-angguk.Shah terus memanggilku lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Apabila dijenguk kedalam,hatiku serta-merta terasa sebak.Aku dapat lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.Kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Angah.Angah sedar.Angah derhaka pada emak.Angah menyesal,Angah menyesal…."

Setelah mengesat air jernih yang terus bercucuran daripada mata yang bengkak,gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
" Emak... lepaskanlah kaki Angah ni. Ampunkan Angah, lepaskan Angah," dia menarik-narik kakinya yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Aku memerhatikan bapa dan adik-beradiknya menangis di pinggir kubur.Ternyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Angah... makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mataku melihat gadis yang digelar Angah itu . Tidakku menyangka cerita datuk dan nenek perihal anak derhaka kini benar-benar berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan dibalas 'tunai'.

Malangnya aku tidak dapat berada lama disana.Cuma 10 hingga 15 minit saja kerana Shah mengatakan bahawa pegawainya inginkan aku berbuat demikian.Mahu tidak mahu, terpaksalah aku meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan pergi, kedengaran lagi Angah menangis dan meratap.
" Ampunkan Angah emak, ampunkan Angah. Ya Allah, lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas aku menoleh buat kali terakhir.Aku lihat bapa dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,tapi hasilnya tetap sama.Aku melihat seorang anggota polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan tali lengkap dengan senjata masing-masing.Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan.Mereka merayu bermacam-macam cara,namun demi kebaikan keluarga gadis berkenaan, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam.Khidmat sang bulan pula ditagih.Akhirnya sang suria tenggelam ditelan kegelapan dan malam merangkak tiba.Gadis malang tersebut  masih seperti tadi.Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan.Aku pulang ke rumah dan malam mataku begitu sukar dipejam. Suara tangisan Angah masih terngiang-ngiang di telingaku.

Aku mendapat tahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman yang dijamahnya.Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran,Yassin dan berdoa.Namun Allah telah berfirman, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.Angah tetap tidak dapat dikeluarkan dari kuburan ibunya.

Embun mula menitis.Angah kesejukan pula.Dengan selimut yang diberi bapanya, dia berkelubung.Namun dia tidak dapat tidur.Angah terus menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.Begitulah yang berlaku keesokannya.Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang ramai bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap,akhirnya gadis itu menemui Illahi.Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan dibakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan dimalam hari.Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.Atau mungkin juga kerana terlalu sedih dengan apa yang pernah dia lakukan.

Allah Maha Agung...Sebaik Angah menghembuskan nafas terakhir,barulah tubuhnya dapat ditarik keluar.Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.
Kuburnya kini dipenuhi lalang.Dibawah redup daun nyiur yang melambai-lambai.Tiada siapa tahu disitu bersemadi seorang gadis yang derhaka terhadap ibu kandungnya sendiri.
Manusia sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua  untuk bertaubat. Dunia ini umpama lautan yang luas.Kita adalah kapal yang belayar di lautan.Telah banyak  kapal karam didalamnya.Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

No comments:

Blogger Widgets