Mimpi vs Realiti


Mimpi adalah dusta semata-mata ,
Mimpi indah yang tiada noktahnya,
Manusia begitu ghairah memacu diri mengejar mimpi,
Membina mahligai di alam fantasi,

Riang berkejaran ditemani bidadari,

Emas permata mengaburi diri,
Mimpi usahlah menjadi impian,
Kau sekadar lamunan kosong,
Khayalan samar yang mengoda realiti,
Mimpi bukanlah pasti,
Realiti tetaplah terjadi,

Mimpi adalah igauan mati,
Merosak realiti menggugat diri,
Tiada kedua cukuplah sekali,
Aku pasrah hanyut membawa kau menemani,
Mimpi yang memamah realiti,
Mengundang gusar menambah sunyi,
Sunyi dihati menjemput sepi..



No comments: