Dunia
ini adalah ibarat sebuah kapal layar yang sedang menuju ke sebuah pelabuhan
yang aman, iaitu AKHIRAT.Kapal yang sedang dilayari ini tidak diketahui
datangnya dari alam mana.
Ditengah-tengah
pelayaran, kapal ini berhenti di sebuah pulau bernama "DUNIA".
Di
sini penumpang-penumpangnya berehat sementara bagi mencukupkan sebarang
keperluan kecil dalam pelayaran seterusnya ke pelabuhan bahagia.
Rumput-rumput
di pulau persinggahan ini terlalu indah, pantainya putih bersih.
Kapten
kapal mengizinkan para penumpangnya turun sebentar untuk beristirehat sambil
melihat-lihat. Beliau berpesan, jangan ada daripada mereka yang lalai apabila
terdengar isyarat kapal akan meneruskan pelayarannya.
Sebahagiannya
patuh kepada peringatan kapten, tetapi sebahagiannya lalai dan terleka dan
mendapati tempatnya dikapal itu telah diduduki orang. Sebahagian besarnya pula
terus leka dan lalai bahawa pelayarannya masih jauh. Dia terpengaruh kerana
terpesona dengan keindahan pulau yang disinggahinya itu, seolah-olah tiada
tempat lain lagi seindah itu.
Berkali-kali
loceng kapal dibunyikan memanggil penumpang naik ke kapal, tetapi dia membuat
endah tak endah sahaja dengan panggilan itu. Akhirnya kapal membongkar sauhnya
dan belayar menuju alam aman dan bahagia, sedangkan yang lain tinggal di pulau
itu.
Apabila
mereka telah berjalan dari pangkal ke hujung pulau itu, barulah disedari bahawa
pulau itu bukan tempat sebenar yang dituju. Disitu dia dikeliling air, dia
menyesal, tetapi penyesalan itu tidak berguna lagi.
Kapal telah semakin jauh
meninggalkannya. Dia menangis dan meraung meminta diambil semula.
Orang-orang
tiada lagi yang jadi kawan, dan kapal lain tiada lagi yang datang. Sesal
bertimpa-timpa, hari bertambah gelap, malam menyerkup suasana.
Maka
berkeliaranlah ular,kalajengking,lipan dan binatang-binatang berbisa keluar dari
sarangnya hendak menerkam dan menggigit. Makin lama makin bertambah banyak
mengancam.
Sedarlah kita,dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan.Telah banyak kapal karam didalamnya.Andai muatan kita adalah IMAN dan layarnya TAKWA, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.
No comments:
Post a Comment