Kerana Sepasang Kasut...


Sha seorang gadis yang dilahirkan di sebuah dusun pergunungan yang sangat terpencil. Saban hari, kedua orangtua Sha membajak tanah kering.Sha juga mempunyai seorang adik lelaki,Khai,tiga tahun lebih muda daripadanya.Khai menyayangi Sha lebih dari Sha mencintainya.
Suatu hari, Sha mencuri lima puluh sen dari laci ayahnya untuk membeli sehelai sapu tangan yang menjadi trend semua gadis di sekelilingnya ketika itu.Ayah segera menyedarinya.Ayah menyuruh Sha dan Khai berlutut di depan tembok dengan sebatang tongkat bambu digengam erat di tangan.

“Siapa yang mencuri wang ayah?!!!” Ayah bertanya tegas.

Sha terpaku terlalu takut untuk berbicara. Ayah tidak mendengar siapa pon mengaku.

Ayah menyambung bicara lagi,
“Baiklah kalau begitu kamu berdua akan dihukum.Kamu berdua layak dipukul!”

Ayah mengangkat tongkat bambu itu setinggi mungkin.

Tiba-tiba,Khai mencengkeram tangannya dan berkata, “Ayah,Khai yang melakukannya!”.

Tongkat panjang itu menghentam punggung Khai bertubi-tubi.Ayah begitu marah sehingga terus-menerus memukul Khai sehingga kehabisan nafas.Sesudah itu ayah duduk di beranda rumah dan terus memarahi kami.

“Kamu sudah belajar mencuri dari rumah, hal memalukan apa lagi yang akan kamu lakukan kelak? Kamu memang patut dipukul,kamu pencuri tidak tahu malu.”

Malam itu, Sha dan ibunya memeluk erat Khai dalam pelukan mereka.Tubuhnya luka, tetapi Khai tidak menitiskan airmata.Di tengah malam itu,Sha tiba-tiba menangis meraung-raung.

Khai menutup mulut Sha dengan tangan kecilnya dan berkata, “Kak, jangan menangis lagi, semuanya sudah berlaku.”

Sha masih terus membenci dirinya sendiri kerana tidak memiliki cukup keberanian untuk mengaku kesalahannya. Bertahun-tahun telah berlalu, tapi insiden tersebut masih segar dalam ingatannya.Sha tidak pernah lupa pengorbanan adiknya.Ketika itu, Khai  berusia 8 tahun manakala Sha berusia11 tahun.

Ketika Khai berada pada tahun terakhirnya di peringkat menengah rendah,Khai diterima masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) di pusat Bandar Kuala Lumpur.Pada waktu yang sama,Sha diterima untuk masuk sebuah universiti.Malam itu, ayah termenung di halaman sambil menghisap rokok tembakaunya,puntung demi puntung.Sha mendengar dia berkata lirih.

“Kedua anak kita menunjukkan hasil yang begitu baik,kejayaan yang sangat baik”.

Ibu mengusap airmatanya yang tidak dapat diseka lagi dan menghela nafas panjang. “Apa gunanya? Macam mana kita nak membiayai pengajian kedua-duanya sekaligus?”

Saat itu juga adikku berjalan dihadapan ayah dan berkata, “Ayah,Khai tak nak belajar lagi,Khai dah cukup baca banyak buku.”

Ayah marah besar, “kenapa kamu ada jiwa yang begitu lemah!!! Kalau aku terpaksa mengemis di jalanan pon aku sanggup, kamu berdua harus tamatkan pengajian!!”

Siapa sangka keesokan harinya, sebelum subuh menjelma,Khai meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian lusuh dan sedikit makanan.Dia menyelinap ke pintu belakang rumah dan meninggalkan secarik kertas dibantal kakak kesayangannya itu.

“Kak, masuk ke universiti bukanlah mudah.Adik nak pergi cari kerja.Nanti adik kirimkan wang untuk akak ye.”

Sha tersedar dari nyenyak tidur lalu mengapai nota kecil itu.Sha memegang kertas tersebut dan menangis dengan air mata bercucuran sampai suaranya hampir hilang.Sha ketika itu berusia 20 tahun dan Khai baru mencecah 17 tahun.

Bersumberkan wang yang dipinjam ayah dari teman-temannya dan wang dari hasil keringat Khai mengangkut simen di tapak pembinaan, akhirnya Sha kini sudah di tahun akhir pengajiannya.

Suatu hari, Sha sedang menelaah pelajaran dibiliknya,ketika itu teman sebiliknya  masuk memberitahu “Sha, ada seorang budak kelihatan macam pengemis menunggu awak luar sana!” sambil memuncungkan mulut menunjuk kearah pintu pagar.

“Mengapa ada seorang budak mencariku? Sha bermonolog sendirian sambil berjalan keluar.Sha dapat melihat adiknya dari jauh.Seluruh badannya kotor.

Sha mendekati Khai. “Khai,kenapa Khai tak cakap kat kawan akak yang Khai ni adik akak?”

Khai tersenyum dan bingkas menjawab, “Akak tengoklah pakaian Khai ni.Nanti apa pula kawan-kawan akak akan fikir kalau kawan-kawan akak tahu yang Khai ni adik akak.Khai tak nak akak diketawakan.”

Sha begitu tersentuh dan matanya mulai berair.Sha menyapu debu-debu dari badan adiknya itu dan dengan nada tersekat-sekat berkata, “Akak tidak pedulikan langsung apa yang orang lain cakapkan.Khai adik akak.Tak kira apa yang Khai pakai,tak kira apa kerja yang Khai buat.Khai tetap adik kesayangan akak.”

Khai menyeluk tangannya kedalam saku.Lama.Seperti mencari-cari sesuatu.Sambil tersenyum manis,Khai mengeluarkan sebatang penyepit rambut berbentuk kupu-kupu. Khai memakaikannya kepada Sha.
“Khai tengok ramai gadis bandar memakainya.Jadi Khai fikir akak pun patut ada satu...”.

Airmata Sha tidak dapat diseka lagi.Sha menarik Khai ke dalam pelukannya dan menangis.Sha masih ingat peristiwa itu.Seminggu selepas hari kelahirannya yang ke 23.


***Pertama kali Sha membawa teman-teman kuliah ke teratak usangnya.Jendela kaca yang pecah telah diganti dan semuanya kelihatan bersih..Setelah teman-temannya pulang,Sha menari seperti gadis kecil di depan ibunya.

“Bu, ibu tak perlu habiskan banyak waktu untuk bersihkan dan cantikkan rumah kita;” ujar Sha sambil tersenyum manja.
 “Itu semua adik kamu yang buat.Dia pulang awal untuk membersihkan rumah ini.Kamu nampak tak luka-luka kat tangan dia? Dia terluka tadi masa tengah memasang jendela kaca baru itu.”

Sha masuk ke dalam ruangan kecil adiknya. Melihat mukanya yang kurus,trasa bagai hatinya ditusuk jarum.Aku menyapukan ubat lantas membalut lukanya. “Sakit tak dik?..

“Tak sakit pun kak.Khai dah biasa kena batu-batu kak..” Belum pun Khai menghabiskan kalamnya,Sha membalikkan badan kerana air mata mulai bergenang.

***Ketika Sha berkahwin,Sha menetap di bandar.Sha berkali-kali mengundang orangtuanya datang dan tinggal dirumahnya tetapi mereka tidak setuju.Mereka sudah biasa dibesarkan dikawasan kampung dan tidak tahu apa yang harus mereka lakukan sekiranya mereka meninggalkan kampong halaman mereka.Khai juga mengiyakan kata-kata mereka.

“Kak jagalah mentua akak tu,biar Khai yang jaga mak dengan ayah kat sini ye..”

Suami Sha seorang pengarah syarikat.Sha dan suaminya menginginkan Khai untuk bekerja di syarikat tersebut tetapi Khai sebaliknya.Dia tetap ingin menjaga ayah dan maknya.
Suatu hari Khai terjatuh dari tangga semasa memperbaiki kabel elektrik.Bukan itu sahaja.Khai juga terkena renjatan elektrik dan dia dimasukkan ke hospital.Sha dan suami bergegas menjenguknya.Mereka dapat melihat kesan akibat jatuh dikaki Khai.

“Kenapa Khai menolak bekerja di syarikat abang? Sekarang Khai dah jadi macam ni.Kalau dari dulu Khai setuju,tentu Khai tak akan jadi macam ni..” suara Sha sayu.

Dengan riak wajah serius Khai menjawab, “Akak, fikirkan nama baik abang ipar kak.Kan abang baru saja jadi pengarah, sedangkan Khai pula tidak berpendidikan.Nanti apa kata orang kalau Khai diberi kerja yang tak setanding dengan kelulusan Khai? Kasihan abang ipar.."

Mata suami Sha bergelinang airmata.Sha menyambung sambil memegang tangan adiknya itu,

“Tapi kamu kurang berpendidikan itu juga sebab akak Khai.Sebab kakak kau ni...”
“Akak,yang lepas biarkan lepas.Akak jangan ungkit kisah lalu ye..”


***Khai kemudian menikahi seorang gadis pada usia 30 tahun.Ketika majlis itu, seseorang bertanya kepadanya, “Siapa yang paling kamu hormati dan kasihi?” tanpa berfikir panjang dan dengan bangganya Khai menjawab”Kakakku.”

Masing-masing terpinga.Khai tersenyum sambil menceritakan kembali sebuah kisah lama yang bahkan Sha pun sudah tidak mengingatinya lagi.
“Ketika kami di sekolah rendah.Saya dan kakak bersekolah di tempat yang cukup jauh dari tempat tinggal kami.Di tempat yang berbeza..Setiap hari saya dan kakak berjalan selama lebih kurang dua jam untuk pergi dan pulang dari sekolah.Suatu hari saya kehilangan kasut sekolah.Kedua-duanya hilang.Kakak memberikan kasut sekolah miliknyaKakak hanya memakai sarung kaki sahaja.Padahal kami harus berjalan jauh dan menempuh kondisi jalan yang berbatu-batu.Ketika itu juga matahari sangat terik meskipun sudah hampir jam 4.Taktala kami tiba dirumah,kaki kakak begitu bengkak dan berdarah.Hinggakan kakak sukar berjalan untuk beberapa ketika.Sejak hari itu saya bersumpah..Selama saya masih hidup saya akan menjaga kakak dan saya akan selalu baik terhadapnya.


Tepuk tangan menggamatkan ruangan itu. Semua tetamu mengalihkan perhatian mereka kepada Sha.
Sha begitu terharu.Bibir Sha kaku menuturkan kata namun digagahi jua.

“Dalam hidup ini,orang yang paling berjasa adalah adik Sha ini.Orang yang paling Sha berterima kasih adalah Khai,adik kesayangan Sha”

Dan dalam kesempatan yang paling berbahagia itu,di hadapan kerumunan tetamu,air mata Sha bercucuran jatuh.Sungguh tidak disangka begitu luhur budi Khai terhadapnya.


2 comments:

Mohammad Adhwa said...

Menarik!
Hampir pecah empangan air mata aku. :D

Unknown said...

hahaha..thanks adwa.. sory kalu buat kau hmpir menangis =)

Blogger Widgets